Rabu, 21 April 2010

Mukah, Sarawak

Tiket flight dah dibeli 3 bulan lepas bagi memastikan tambang murah betul2 dipraktiskan demi menjaga bajet sendiri :).  Seperti biasa aku akan meneliti peralatan yang hendak dibawa bersama terutamanya peralatan fotografi agar tiada yang ketinggalan.  Perjalanan dengan AirAsia ke Kuching pada 22hb April telah dirancang awal supaya malam tersebut aku teruskan ke Mukah... sampai pagi berikutnya.  Bas merupakan transport terbaik setakat ni sbb jalan ke Mukah bukanlah semudah yang disangka.  Aku akan updatekan perjalanan ini untuk dikongsi bersama...


"Dari segi sejarahnya, suku kaum Melanau telah bertapak dan membina tamadunnya lebih kurang 1000 tahun.  Pada kurun ke-11, kawasan Mukah merupakan salah satu tanah jajahan Majapahit.  Mukah telah dijual kepada keluarga Brooke oleh Sultan Brunei pada tahu 1860 dan merupakan kawasan terakhir yang diambil Kesultanan  Brooke.

Pada zaman dahulu, suku kaum Melanau mengamalkan sistem sosial hieraki iaitu Raja, pahlawan, orang bebas dan hamba abdi.  Di sekeliling kawasan Lamin Dana ada meninggalkan kuburan lama dan jerunei.

Orang Melanau juga terkenal dengan penanaman sagu ataupun rumbia.  Sagu merupakan makanan utama suku kaum Melanau dan juga merupakan asas pendapatan ekonomi mereka. Sagu juga merupakan bahan perdagangan utama dari dulu kala sehingga ke hari ini.

Kehidupan mereka yang berkisar disekitar penanaman dan pemprosesan sagu merupakan tarikan utama para pelancong ke Mukah." (petikan dari Lamin Dana)


Tiada ulasan: