Sabtu, 7 November 2009

Beg Think Tank Shape Shifter

Kebetulan menggunakan produk Think Tank Photo Chimp Cage selama 1 tahun lebih dah.... kualiti produk Think Tank memang mengagumkan jika berbanding dengan produk profesional lain. Hasrat untuk menukar kepada Think Tank Photo mengambil masa yang panjang jugak sebabnya saya mempunyai beberapa beg lain seperti salah satunya Lowepro Computrekker. Memang beg ini mempunyai kelebihan tersendiri terutamanya yang memerlukan ruang untuk menyimpan kamera sampai 1-2 bodies, lens dari 17mm - 200mmm flash, kad memori dan jugak tidak tertinggal ... laptop. sebenarnya satu beg yang macam ni boleh mencapai berat 15-20 kg jika jurufoto pergi travel untuk 1-2 minggu.

Hasil dari penggunaan Chimp Cage, bagi sy untuk mempunyai beg yg berkualiti dan mampu membuatkan saya rasa selamat dan terlindung serta selesa. Transformasi ini mungkin mengambil masa disebabkan bajet, namun untuk penghujung tahun ini saya mulakan dengan 'Shape Shifter' dan Skin 75 Pop Down. Produk yang baru diperkenalkan oleh team Think Tank Photo untuk kegunaan jurugambar yang memerlukan keselesaan dan pratikaliti.

Jadinya saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang gadjet terbaru saya. Dimasa akan datang saya akan update lagi untuk memberikan komen selepas praktis saya dengan 'Shape Shifter'.

Selasa, 3 November 2009

Kamera iPhone + Camera RAW

Salam, saya mulakan lagi cara pembikinan visual dengan kamera iPhone dengan pelbagai cara dan teknik. Semua imejan yang dicapture telah diproses dengan Camera RAW walaupun menggunakan format Jpeg. Perisian ini memberikan kebebasan dalam memproses imej dengan pantas dan telah memberikan kesan/efek yang tepat seperti yang jurufoto nak...

iPhone
memberikan sedikit kemudahan yang tepat untuk dipratikkan oleh amatur. Latihan perlu dilakukan selalu supaya cara penggendalian iPhone di mana2 saja bleh memberikan kepuasan