Rabu, 3 Jun 2009

Dah Lama Tak Jumpa...

Salam

Kebelakangan ni memang sibuk ngn kerja yang berlambak sampaikan tak sempat nak jengok blog ni pun.. so jadinya walaupun tak byk nak dicatatkan tetapi aktiviti ttp banyak. Salah satunya adalah yang paling besar.. pindah rumah baru, rumah sendiri yang menjadi mahligai famili ku. Yang lain nye.. biasa ler, fotografi sana sini untuk mengisi masa lapang dan isi poket yang kekadang kering.


Dari bulan Mac hingga Jun ni aku telah memberikan khidmat fotografi kepada ramai pengantin dari KL hingga ke Sarawak. Didahulukan dengan aku diterbangkan ke Simunjan, Sarawak, perkahwinan kawan baik dari sekolah rendah lagi, Mohtadin dengan Siti Rahayu. Seronok gak boleh merakam detik manis kawan yang rapat ngn aku kahwin dan akulah yang ada ngn di sepanjang masa, masa nikah, bersanding. Dari zaman bujang lagi kami bersama, sampai kan dia nak menamatkan zaman bujang pun aku ada sekali, seperti mana dia temankan aku masa nak pinang orang rumah aku... Tahniah dan Terima kasih, Din.



Bulan Mac, mahligai Fadil dan Azlene terbina di Subang Jaya ( Sunway). Terima kasih kepada pasangan mesra ni sbb memberikan peluang ini.



Bulan April plak aku memenuhi permintaan akak baik aku, Kak Kiah (Puan Rokiah(terima kasih kak)) untuk cover perkahwinan puterinya, Iha (Idzihar) ngn kekasih nya, Am (Deli) . Dari tarikh pertunangan hingga ke persandingan, aku merakam semua detik-detik terindah mereka berdua , dan sempat jugak buat sesi foto outdoor. Dua pasangan yang tak reti nak duduk diam, asyik bergurau je... bagus gak tuuu.. tapi bila suruh berlakon jadi kaku, keras. so jadinya say just minta mereka relax n buat gurauan tu n lama kelamaan, baru dapat momentum tu, beraksi lah mereka depan lensa dengan selamba.

Bulan Mei, masa tulah sibuk berpindah randah ke rumah baru (tak sempat nak pegang kamera pun) rumah pun tak siap sepenuhnya untuk kita orang berpindah, namun terpaksa gak sebab dah bagi notis keluar. Dalam sibuk-sibuk tu aku tunaikan kontrak ngn K.E dan Zeita yang diperkenalkan oleh kawan untuk cover majlis bertandang di Kajang.

Tiada ulasan: