Ahad, 7 Jun 2009

Hazize dalam Facebook

Salam,
Facebook bukanlah perkara baru dalam internet tetapi dah ramai kekawan, selebriti, vip, vvip menyertai sektor ini dengan tujuan dan objektif masing-masing. Ada yg bertujuan untuk kenalan, bisnes, politik dll lagi. Semua itu dilakukan dengan satu matlamat,,, tak nak ketinggalan dalam dunia it dan komunikasi. So, marilah kita sama-sama berface-face untuk tujuan masing-masing tadi.

Jumaat, 5 Jun 2009

"Dalang" oleh Rahimidin

Seorang kawan dan rakan sepejabat yang aktif dalam karya-karya kreatif terutama penulisan dan seni persembahan. Jarang jumpa karyawan yang sanggup buat sesuatu yang berani dalam memperjuangkan falsafahnya. Isu-isu yang selalu diperbualkan di meja sarapan pagi ngn mkn petang... dipersembahkan di Blackbox DBP, dlm drama beliau seperti di dalam "Dalang"...





Rabu, 3 Jun 2009

Sibuk di Lokasi Shooting



Salam,

Macam ni ler situasi masa cover wedding puteri Puan Rokiah kat Klang, nasib baik ada Mohsein untuk bantu cover weddin ni gak, kalau tak penat gak, luar dalam. Sempat jugak ler nak posing. Mmg jarang dapat dirakam sebab tak bawak 2nd fotografer, biasa Lone Ranger je.

Jumpa lagi di post akan datang!!!!


Dah Lama Tak Jumpa...

Salam

Kebelakangan ni memang sibuk ngn kerja yang berlambak sampaikan tak sempat nak jengok blog ni pun.. so jadinya walaupun tak byk nak dicatatkan tetapi aktiviti ttp banyak. Salah satunya adalah yang paling besar.. pindah rumah baru, rumah sendiri yang menjadi mahligai famili ku. Yang lain nye.. biasa ler, fotografi sana sini untuk mengisi masa lapang dan isi poket yang kekadang kering.


Dari bulan Mac hingga Jun ni aku telah memberikan khidmat fotografi kepada ramai pengantin dari KL hingga ke Sarawak. Didahulukan dengan aku diterbangkan ke Simunjan, Sarawak, perkahwinan kawan baik dari sekolah rendah lagi, Mohtadin dengan Siti Rahayu. Seronok gak boleh merakam detik manis kawan yang rapat ngn aku kahwin dan akulah yang ada ngn di sepanjang masa, masa nikah, bersanding. Dari zaman bujang lagi kami bersama, sampai kan dia nak menamatkan zaman bujang pun aku ada sekali, seperti mana dia temankan aku masa nak pinang orang rumah aku... Tahniah dan Terima kasih, Din.



Bulan Mac, mahligai Fadil dan Azlene terbina di Subang Jaya ( Sunway). Terima kasih kepada pasangan mesra ni sbb memberikan peluang ini.



Bulan April plak aku memenuhi permintaan akak baik aku, Kak Kiah (Puan Rokiah(terima kasih kak)) untuk cover perkahwinan puterinya, Iha (Idzihar) ngn kekasih nya, Am (Deli) . Dari tarikh pertunangan hingga ke persandingan, aku merakam semua detik-detik terindah mereka berdua , dan sempat jugak buat sesi foto outdoor. Dua pasangan yang tak reti nak duduk diam, asyik bergurau je... bagus gak tuuu.. tapi bila suruh berlakon jadi kaku, keras. so jadinya say just minta mereka relax n buat gurauan tu n lama kelamaan, baru dapat momentum tu, beraksi lah mereka depan lensa dengan selamba.

Bulan Mei, masa tulah sibuk berpindah randah ke rumah baru (tak sempat nak pegang kamera pun) rumah pun tak siap sepenuhnya untuk kita orang berpindah, namun terpaksa gak sebab dah bagi notis keluar. Dalam sibuk-sibuk tu aku tunaikan kontrak ngn K.E dan Zeita yang diperkenalkan oleh kawan untuk cover majlis bertandang di Kajang.