Jumaat, 26 Disember 2008

Bercuti di Bukit Bendera, Pulau Pinang



Drive dari KL ke Penang memang memenatkan, 5 jam, 2 kali kot berhenti untuk berehat. Sampai ke paling panjang Asia tu terus le bayar masuk tol, bermaksud dah masuk secara rasmi ke Penang.
Malam tu ada kenduri yang perlu dihadiri, rakan sepejabat isteri kat Dewan Masyarakat Penyayang kat Ayer Hitam. Esoknya, kami pun bangun awal untuk ke Bukit Bendera...

Selasa, 16 Disember 2008

Koleksi Saya dalam Fotografi 2002-2008



Rasanya dah 6 tahun aku berkecimpung dalam bidang fotografi iaitu sejak Jurufoto Istana Budaya dipinjamkan ke kementerian. Tanggungan kerja yang tidak setimpal ngn gred tu aku ketepikan demi untuk membangunkan unit grafik yang diwujudkan. Grafik dan fotografi memang kena seiringan. Tapi masa yang ada aku gunakan untuk mendapatkan ilmu fotografi secara efektif dan aggresif. Dan sekarang inilah yang aku dapatkan. Semua nya hasil titik peluh aku sendiri sama ada dari hasil carma aku dan juga gaji bulanan aku. Kebanyakkan dapat dari hasil pinjaman 'bank pilihan kita' :0)

Senarainya:- D2Xs, D200, 70-200mm f2.8, 17-55mm f2.8, 10.5mm f2.8, 50mm f1.8, 105mm, 18-70mm, 20 teleconverter, SB900, SB800, SB600, SB28x, 3 PW, Nikon SB8a, Quantum Bat, 8 pcs CF, Lowepro Computrekker AW, Rover AW, Orion trekker, Lowepro Belt, Photo Runner, iBook n iMac, WD xternal Hardisk, Manfrotto Tripod and Head, Prophoto Light Stand, Umbrella n Holder, dll.

Makyung bersama Rosnan Abdul Rahman


Makyung memang asing di Sarawak, tetapi bila berpindah ke KL, makyung selalu didengari sebab yang mengetuai Makyung Istana Budaya adalah Rosnan Abdul Rahman atau Cik Nan :-) , (BH) latihan selalunya dibuat kat tingkat atas pejabat Senireka, Istana Budaya(IB), sampaikan naik ... gak ler. Tapi disebabkan kekawan yang buat dan untuk matlamat pembangunan warisan dunia, bahagian kami sentiasa memberikan sokongan penuh kepada beliau dan artis budaya (Artistana) IB. Mana taknya setiap kali ada 'show', dia lah menjadi pegawai pengurusnya, marketingnya, heronya, make upnya.

Foto diatas diambil semasa persembahan di USM, November 2008, tajuknya "Endeng Tejali", dan saya berkesempatan lah merakam show ini. Banyak show yang akan dibuat lagi oleh IB pada tahun 2009 sama ada di IB sendiri dan juga persembahan merentasi semenanjung dan laut ke Sabah dan Sarawak (jgn lupa bawak kite). Teruskan usaha dan latihan! Tingkatkan warisan dan tamadun Melayu di antarabangsa (pun jgn lupa bawak d New York ;-)"

Isnin, 15 Disember 2008

Sepetang di Langkawi


Saya dengan rombongan Istana Budaya untuk retreat Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia ke Langkawi sebulan lepas, berkesempatan untuk jalan-jalan petang tu lepas habis bengkel, terus ler jalan tepi pantai kat area bandar tu gak. Bawak beg berisi D2Xs ngn 17-55mm n 10.5 ngn 50mm, ronda-ronda tunggu sunset. Waktu sunset kat Langkawi awal 1/2 jam dari KL. Kul 5.30 terus tunggu tepi pantai sambil memerhati kawasan lain untuk esoknya plak. Best part of this journey, saya tak bawak tripod :), anyway, sebab byk makan batang buruk and jambu batu, so time nak shoot tu letak le kat beg, batu, motor orang, tahan nafas... hahhh!!! (tripod lupa)

Perkahwinan Mohd Ezrien & Sharlina, Labuan

Perjalanan ke Labuan November lepas telah memberikan aku peluang untuk menambahkan lagi portfolio dalam minor kerjaya aku, lagipun peluang macam ni memang tidak boleh dilepaskan. Sharlina merupakan rakan sepejabat, memberi kepercayaan kepada aku untuk merakam hari terindah dan bersejarah dalam hidupnya. Lembaran baru bagi Sharlina, juga debaran kepada aku sebab kawan punya wedding, apa-apa pun aku buat yang terbaik untuk kawan. Untuk semua yang melayari blog aku ni, 2 bulan dan tak update, buzy sikit ler, kerja-kerja di pejabat tidak memberi banyak ruang untuk meng'update' blog ni. Banyak dah perkembangan yang dibuat dan banyak jugak nak dikongsikan kepada rakan-rakan cyber ni.

Saksikanlah...