Jumaat, 17 Oktober 2008

Festival Kuching 2008


Tahun 2008 adalah tahun bertuah gak, tahun2 lepas memang tak berkesempatan nak pergi dan yang paling penting detik festival ini dirakam dalam kamera. Festival ini takle semeriah Festival Citrawarna atau mana2 festival jalanan lain. Wallaaa. ikuti rakaman yang tak seberapa sepanjang malam ini.

Perkahwinan Izzuan & Rini


Selamat Hari Raya semua, maaf zahir batin. Bulan Syawal disambut mulia dan dalam masa sama ramai yang mendirikan masjid (ambik peluang cuti) termasuk pasangan romantik nie, Izzuan & Rini. Pengantin perempuan adalah anak saudara kepada kawan baik, Samari. Kepada pasangan pengantin, selamat melangkah ke alam rumahtangga dan semoga berbahagia ke anak cucu-cicit.

Selasa, 7 Oktober 2008

Beraya di Kampung

Balik beraya sekali stahun, tapi balik kampung memang selalu. Persiapan macam biasa kalau dah berkeluarga dgn sepasang anak tersayang dan isteri tercinta, peralatan yang tetap dibawa sekali adalah DSLR dan Laptop aku, dan dalam byk2 tahun ni tambah 1 aksesori baru dibeli (hadiah raya sendiri) SB900, dengan yang lain2.

Kemeriahan memang dirasa, budak2 ler. Yang tuanya sibuk atau ada yang menyibuk jer lebih. Bagaimanapun, aku dan famili tahun ni balik ke Kuching, Sarawak, tanahair tercinta. 5 hari sebelum Hari Raya, menyempatkan aku berpuasa di kampung, tak sempat nak cari kekawan untuk bersungkei (berbuka puasa) sebab sibuk bersungkei dengan famili.

Hari Raya pertama macam biasa ler, bersalam-salaman, famili photoshoot, makan, minum, rehat, makan, minum dan .....zzzz.
So, kepada semua, selamat berhari raya kat kampung masing-masing, makan kuih muih, dan macam-macam kerja lagi sepanjang raya sampai ler balik ke KL, sambung balik kerja-kerja seharian. Tak dilupa, Maaf zahir batin, dari hujung rambut ke hujung kuku kaki, kalau ada terkasar bahasa, termakan terminum, terpakai, terguna, terpinjam, terpegang, tersentuh, terumpat, tercakap... minta maaf sekali lagi.