Sabtu, 5 Julai 2008

Selamat Hari Gawai_2008



Kesempatan balik ke Kuching Jun lepas tidak disia-siakan. Pesta dibuat di Stadium Perpaduan Petra Jaya. Orang ramai datang dari pelusuk kampung sekitar Kuching, Bau, Serian, Tabuan, Samarahan, Padawan, banyak lagi ler. Ini adalah beberapa shoot yang sempat diambil di luar stadium. CLS digunakan untuk pelbagaikan teknik dan angle. Bestt ooo bila dapat shoot yang cantik dengan model yang beraksi.

Petikan latarbelakang :"Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai."



Tiada ulasan: