Isnin, 14 Julai 2008

4x4 Jamboree, Ulu Yam_2008




First time cover offroad event, gelabah gak, tak tahu mana angle yang sesuai. Sampai-sampai dah penuh orang, peserta 4x4 dan photographer yang kemungkinan besar menyertai pertandingan anjuran Nikon. Rasanya kali ni yang paling mencabar kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk meredah sungai untuk ke seberang dengan membawa equipment belasan ribu ringgit (tanpa insuran ooo). Setahu saya hanya SS5 saja yang paling mancabar kerana peserta terpaksa meredah batu sungai yang besar. Banyak yang sangkut, tayar pecah, kereta terbalik, dan banyak insiden lain yang extreme.

Sabtu, 5 Julai 2008

Sambutan Gawai_Sarawak2008



Kumang Gawai 2008


Selamat Hari Gawai_2008



Kesempatan balik ke Kuching Jun lepas tidak disia-siakan. Pesta dibuat di Stadium Perpaduan Petra Jaya. Orang ramai datang dari pelusuk kampung sekitar Kuching, Bau, Serian, Tabuan, Samarahan, Padawan, banyak lagi ler. Ini adalah beberapa shoot yang sempat diambil di luar stadium. CLS digunakan untuk pelbagaikan teknik dan angle. Bestt ooo bila dapat shoot yang cantik dengan model yang beraksi.

Petikan latarbelakang :"Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai."



Khamis, 3 Julai 2008

Perkahwinan Sallehuddin & Fiza

Majlis ini berlaku dalam satu hari iaitu pada 6 hb Jun, hari Jumaat, akad nikah diada di sebelah pagi dan persandingan serta resepsi diadakan pada malam. Wowwww penat ooooo.

Tapi sepanjang cover wedding pengantin dua sejoli ni memang kurang rasa penatnya sebab suasana yang meriah dan ramai yang berada di dewan tu spoting n moting. Pengantin memberikan ruang yang luas dan pandai posing dan pandai berinteraksi dengan saya. Kedua nya begitu mesra sehingga seolah-olah saya tiada di situ, diaorg sentiasa tersenyum dan memberikan ekspresi muka yang ceria dan kadangkala sedih namun semua ini memudahkan saya dalam menentukan angle yang ada digunakan dengan sebaiknya (begitu lah baiknya mengadakan masjlis besaran di dewan besar)

Selamat pengantin baru! Semoga berbahagia ke anak cucu!

Rabu, 2 Julai 2008

Hanida & Radzi Wedding


Rakan sepejabat, Hanida mengadakan majlis respesinya secara besar-besaran di Istana Budaya (IB) . kekawan, sepupu sepapat, bos-bos datang menghadiri majlis tersebut. Macam biasa, bila dah bertugas dengan memegang kamera, buzy ler sgt ke hulu ke hilir bawak 2 bodies Nikon. Biasanya dalam keadaan yang segalanya pantas, 2 kamera mmg mambantu banyak. Satu body dengan 70-200 dan dan lagi wide 17-55. Majlis ini dibuat kat pejabat kami lerrr. Jadinya persiapan dibuat oleh rakan2.

Mmg hebat persandingan ini namun telah diakhiri dengan hujan turun dalam masa 1 jam lagi nak tamat. Kesian pengantin!!!!! Namun sempat juga saya mengakhiri sesi itu dengan pose di tangga utama IB. Pembantu/photographer ke 2(Azali) turut membantu dalam sesi ini dan kami menggunakan bantuan CLS nikon untuk beberapa shot terakhir.

Penyiapan coffee table book ini turut menunjukkan skil pengatin dengan terlibat dalam memilih dan membuat layout untuk buku nya sendiri. Bila pengantin menerima buku (Photobook Malaysia) yang disiapkan dalam masa 4 hari selepas diupload kat website Photobook, pengantin tersenyum memanjang petang tu. wahhhhh!!!!! sukee nyeee

Perkahwinan Rahim & Liza 2008


Rasanya dah lama tak update blog saya ni, banyak kesibukan melanda... hahaha. Tak sempat nak duduk kat depan komputer dan buat kerja bloggg ni. Ada beberapa kerja (job@carma) dan dibuat dan dah dilaksanakan dengan baik. Rasanya nye lerrr. Setakat ni semua pelanggan rasa berpuas hati dengan photobook yang diberikan. Memandangkan carma( cari makan ) ni adalah part time yang paling hebat, saya akan muatkan dalam blog ni secara berperingkat tetapi tak secara terus menerus.