Sabtu, 26 April 2008

Regatta Lepa-Lepa Semporna, Sabah 2008


Saya berada di Semporna untuk mengikuti pameran anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sempena dengan Regatta Lepa yang menjadi sambutan rasmi bagi warga Semporna setiap tahun. Tahun 2008 adalah ulang tahun 15 sambutan .

Kali pertama menjejaki kaki di tanah Semporna menjadi satu kenangan kerana di sini pelbagai budaya yang menjadi kebanggaan Malaysia telah bertambah lagi.

Cuaca panas di Semporna ( sunburn 000) tidak menjadi halangan kepada saya untuk mendapatkan foto-foto dari semua sudut. Warga Semporna memang spoting (biasa dengan pelancong) tetap menjalankan kehidupan mereka tanpa menghiraukan orang luar.

Lepa dalam bahasa Bajau bermaksud perahu. Biasanya, ia diperbuat daripada kayu jenis ubar suluk ataupun seraya merah dan merupakan peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh suku kaum Bajau Semporna. Sejak kurun ke 14, ia merupakan pengangkutan utama untuk membawa muatan pedagang-pedagang tempatan dari Semporna ke Kepulauan Sulu, Borneo, Kalimantan.

Selain itu, Lepa juga merupakan tempat kediaman bagi orang laut yang dikenali sebagai Pulau. Pulau ini berlabuh di kawasan air yang tenang dan mereka hidup dengan budayanya tersendiri.

Lepa amat berpengaruh dalam perkembangan seni budaya tempatan. Dalam persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisional ataupun tagungguh akan dimainkan di atas Lepa. Lepa merupakan satu lambang keagungan dan warisan budaya bangsa Bajau Semporna di mana ia masih lagi wujud hingga ke hari ini.

Budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman oleh suku kaum Bajau dipersembahkan dengan meriah dan gemilang untuk dihayati generasi pada hari ini.

Program yang akan berlangsung selama tiga hari ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya ialah pameran dan demonstrasi, pertandingan lagu tradisi, pertandingan ratu Lepa, pertandingan rumah tradisi Bajau, pertandingan Lepa dan sukan laut serta banyak lagi.

Khamis, 10 April 2008

Memori Raja Sehari



Merakamkan saat-saat indah dua mempelai yang saya kenali merupakan detik gembira saya juga kerana terlibat dalam hari bahagia sepasang kekasih. Sepanjang perjalanan perkahwinan mereka saya merasakan perlu untuk menentukan sudut dan komposisi yang terbaik agar semua (at least) aktiviti dan wajah-wajah dapat diabadikan. Kedua mempelai begitu mesra dan walaupun pada mulanya janggal berhadapan dengan kamera, masih boleh mengukir senyuman dan mampu posing dengan bergaya.