Rabu, 26 Mac 2008

Bermukun di Kampung



Foto ini diambil semasa bercuti di kampung Satap, Bekenu, Miri tahun lepas iaitu di masjlis perkahwinan sepupu isteri. Foto-foto adalah untuk tatapan ramai, terutama orang kamek di sinun.- hazize

Bergendang @ Bermukun telah lama bertapak di bumi kenyalang, Sarawak. Terdapat dua elemen penting yang mesti ada dalam bermukun, iaitu seh gendang (tukang gendang-selalunya 3 orang - wanita) dan penopeng (tukang tandak/tari). Sebahagian tempat ditambah dengan pemain violin (akordian juga digunakan) sebagai penyeri irama. Bermukun ini saya lihat seperti aktiviti berbalas pantun antara penyanyi lelaki dengan seh gendang sebentar tadi. Cuma bezanya, pantun ini dilagukan.

Pada zaman dahulu, bermukun selalu diadakan pada malam perkahwinan. Ada satu perkara yang menarik tentang bermukun pada zaman dahulu iaitu tempat seh gendang ditutup oleh dua kain sehingga hanya menampakkan mata sahaja. Pada masa bermukun, selalunya golongan lelaki akan memandang seh gendang. Maksudnya aktiviti bermukun ini juga boleh menjadi salah satu cara mencari jodoh. Dalam lagu bermukun, tema yang selalu digunakan adalah mengenai kasih dan cinta. Jadi, apabila lelaki ini memberi pantun yang bertanyakan samada si perempuan ini sudah berpunya dan si perempuan menjawap belum, waktu itulah lelaki ini akan cuba menyunting si perempuan ini.

Pada hari ini, bermukun lebih banyak dibuat di majlis-majlis keramaian. Tetapi, konsepnya sedikit berbeza dengan bermukun pada zaman dahulu. Bahagian seh gendang tidak lagi ditutup dengan kain. Namun terdapat bahagian-bahagian di Sarawak yang mengekalkan lagi bermukun sebagai seni budaya sehingga diadakan pertandingan tahunan sehingga di peringkat negeri. Akhir kata, sama-samalah kita menjaga khazanah warisan bangsa ini supaya tidak lupus dimamah zaman.

Selasa, 4 Mac 2008

Pakej Perkahwinan







Pakej- pakej yang disediakan lebih kepada sapa2 yang rasa nak memilih mana yang terbaik untuk kedua pihak. Kekadang, ramai yang nakkan cd yang 'unlimited file/photos' je dan ada yang tak kisah dan nakkan semua disediakan dan pengantin cuma perlu menunggu dan membayar. So, kena lah berpada-pada jika ramai yang merungut printing mahal dan bajet ketat.

Ini memang biasa dilalui mana-mana photographer yang memberikan pakej2 yang pelik2. Mestikah kita mengikut semua pakej yang diberikan atau mempunyai pilihan untuk hari yang amat bertuah itu. Memang tak dinafikan yang kebanyakkan pakej yang disediakan oleh photog lain ada yang memuaskan tapi tidak banyak pilihan. Bakal pengantin perlu menentukan dokumentasi hari bersejarah mereka diabadikan dalam bentuk yang cantik.